Thursday 11 December 2014

RINDU

~Rindu~

Ye aku rindu..
Rindu untuk dengar dia menghidupkan motornye untuk memulakan hari

Ye aku rindu..
Rindu untuk dengar jenakanya walau banyak kali diceritakan hingga kadang-kala sedikit rimas

Ye aku rindu..
Rindu untuk melihat dia duduk,baring dan kemudian lelap ketika menonton tv

Ye aku rindu..
Rindu untuk melihat dia menemani umiku tidur diruang tamu pada waktu malam

Ye aku rindu..
Rindu untuk mendengar segala keluh resah yang dia sampaikan pada umi

Ye aku rindu..
Rindu untuk mendengar,memberi pertolongan padaku tiap kali ku perlukan

Ye aku rindu..
Rindu segalanya tentang dia

Aku rindu segala kenangan manis,pahit bersama dia selama hampir 10 tahun dia menjadi suami kepada umi,menjalankan tanggungjawab pada anak2 dia daan keluargaku.

Adakah dia memaafkan aku dan adakah aku mendapat kemaafan daripada dia diatas segala perbuatan,tutur kataku yang mungkin menyinggung perasaan nya?

Tidak pernah sedikit pun hilang ingatanku terhadap dia hatta ketika dia masih lagi bernafas kerana selain umi,dia juga sebabnya mengapa aku terus mencari ilmu.

Hatiku sering ingin memanggil dia dengan panggilan abah tapi mulutku terkunci sehingga ke hari ini.

~Aku RINDU~

~Al-fatihah ABDUL RASHID BIN OTHMAN  (1953-2014)

Follow This Blog !!!

No comments:

Post a Comment