Friday 27 September 2013

....

'tik tok tik tok'
Jam di dinding terus berdetik..1 pagi 2 pagi ...mata masih lagi segar,tak,tak segar tapi penuh dengan air mata ...sembab mungkin ..

'kenapa semua harus terjadi pada aku?'
'mengapa aku dan bukan orang lain?'
'pe yg harus aku lakukan sekarang untuk melupakan dia?'

Lantas bangun dan terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan berharap agar wudhuk itu dapat menenangkan hati,menghentikan tangisan ini ...Kemudian,telekung dipakai dan sejadah di hampar ...Di pagi hening itu maka sujudlah seorang hamba meminta pada Penciptanya ...

'Ya ALLAH,ampunilah hamba-Mu ini yang sering melakukan kesilapan dan mengulangi nya ...ampunilah aku yang telah mempersoalkan Qada' dan Qadar Mu ...berikanlah kepada aku kekuatan untuk menghadapi dugaan-Mu ini ...tunjukkan lah kepadaku jalan penyelesaian untuk segala masalah2 ini ...permudahkanlah segala urusanku ...Ya ALLAH,sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terjadi pada aku ..tiada yang tersembunyi daripada pengetahuan-Mu ..Kau tunjukkanlah jalan yang benar yang harus aku pilih ...Kau juga Maha Adil Ya ALLAH ..Kau kembalikanlah dia yang dulu kepadaku ..dia yang menyayangiku,menghormatiku sebagai wanita dan dia yang sentiasa mengingatkan kewajipanku kepada-Mu ...sesungguhnya aku berserah segala2nya pada-Mu, Ya ALLAH ...makbulkanlah doaku ini ...Aamiin Ya Rabbal Alamin'

Taubat,Istikarah dan Tahajjud didirikan untuk memohon keampunan,kekuatan,ketenangan jiwa dan memilih jalan yang benar pada yang Maha Esa ...usai segalanya,dengan jiwa yang tenang,mata dilelapkan,badan dibaringkan di atas pembaringan ...dengan harapan bahawa esok adalah hari yang penuh dengan keindahan dan bukan lagi kedukaan ...

.......

Follow This Blog !!!

Lahirnya bidadari-bidadari dunia...

Assalamualaikum,hai semua!!!

Da lame rase nya tak menulis dekat sini kan...bukan tak mahu tapi banyak keje yang nak di lakukan (alasan je..hehe) kat rumah takda internet so tak boley nak on9...

U guys!!! Misz nak berkongsi cerita sikit lah kat sini...pada 23 Sept.2013 yg lepas telah lahirlah seorang lagi hamba ALLAH, bayi perempuan yg sangat comel,penuh dengan haruman syurga...dengan berat 3.6 kg (beratkan?) maka keluarlah dia daripada perut ibu....itulah puteri kesayangan dan yg pertama kakak Misz n suami...nama takda lagi jadi Misz juz panggil die ADIK..ahaha...pada 26 Sept.2013 plak seorang lagi hamba ALLAH dan juga perempuan yg sangat comel,penuh dengan haruman syurga  di lahirkan...dengan berat 3.06 kg,itulah puteri kesayangan dan yg pertama kakak tiri Misz n suami....Congrats wahai kakak2ku,didik mereka dengan kasih sayang ye...huhuhu

Pada Princess2 ku,semoga kamu sentiasa diberkati ALLAH,menjadi bidadari dunia dan akhirat yg sangat indah dan sentiasa pegang pada agama ALLAH...sentiasa membanggakan parents kamu,berJIHAD di jalan ALLAH...semoga kamu success ye sayang2 ku...InShaALLAH Aamiin...


23 September 2013

26 September 2013

I LOVE YOU, SAYANG2 KU....


p/s: nak suruh pggil umi bley tak???ashu tu cam xbest plak =p

Follow This Blog !!!